Pages

Tuesday, June 21, 2011

Jenis -Jenis Nafsu

1. Nasfu Amarah
- adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
- mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

2. Nafsu Lawamah

- adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.
- golonagn ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.
- nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

3. Nafsu Marhamah
- adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.
- walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
- mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah

- adalah nafsu yang lemah lembut.
- mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.
- mereka adalah wali kecil.
- golongan ini adalah dijamin syurga.

5. Nafsu Raudiah

- adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah Taala.
- mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah Taala semata-mata.
- mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamaliah

- adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul

7. Nafsu Mardiah
- adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah Taala.

sumber :http://wana93.wordpress.com/2009/08/31/jenis-jenis-nafsu/

Di Manakah Tahap Solat Kita??

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan InsanDalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
  
 Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta,main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam
sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya.Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang.Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya

Dimanakah tahap sembahyang kita?
langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Wallahualam bissawab.

Monday, June 20, 2011

Ciri-Ciri Isteri Yang Tidak Baik

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..malam ni saya nak kongsi berkaitan dengan 6 ciri-ciri  yang ada pada isteri-isteri yang tidak baik, semoga kita semua dijauhkan daripada memiliki sifat-sifat seperti ini..

1. Sifat al-Annaanah
  • Isteri yang suka mengeluh, merungut dan mengadu urusan yang remeh-remeh serta sentiasa tidak berpuas hati tentang perihal orang lain atau pemberian suami.
  • Sering menghiasi dirinya berlebih-lebihan dan menganggap dirinya serba sempurna.
2. Sifat al-Mannaanah
  • Isteri yang banyak mengungkit di hadapan suaminya sama ada kebaikan atau keburukan suaminya.
  • Menganggap dirinya selalu betul dan selalu menyalahkan orang lain.
3. Sifat al-Hannaanah
  • Isteri yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.
  • Diwajibkan kepada lelaki supaya menjauhi wanita yang bersifat sedemikian kerana banyak mudaratnya.
4. Sifat al-Haddaaqah
  • Isteri yang mempunyai keinginan atau cita rasa yang tinggi dan meminta suami memenuhi kehendaknya sehingga suami terbeban untuk mendapatkan segala impiannya.
5. Sifat al-Barraaqah
  • Terdiri daripada 2 iaitu, i) terlalu suka  menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara  keterlaluan ketika keluar rumah.
  • ii) suka merungut ke atas rezeki yang disediakan dan sentiasa beranggapan pemberian suami tidak mencukupi serta suka membandingkan pemberian suami dengan orang lain.
6. Sifat al-Sallaaqah
  • Isteri yang suka memperbanyakan perkataan iaitu perempuan yang suka bercakap sesuatu yang tidak berfaedah, berbaur umpatan dan tidak mustahil juga boleh memfitnah orang lain.

Sunday, June 19, 2011

Isteri Cerdik Yang Solehah

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
(isteri cerdik yang solehah)

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
(istri cerdik yang solehah)
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Isteri solehah untuk semua Muslimah di luar san
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan



                                             Isteri solehah by SAFF ONE
Cinta itu cahaya sanubari....kurniaan Tuhan fitrah insani..
Assalamualaikum...tiba-tiba sahaja, di pagi  Ahad, 19 Jun 2011, bait-bait lirik lagu nasyeed yang bertajuk ''kerana cinta'' nyayian kumpulan nasyeed In-Team dan Mestica meniti di bibir saya. Terasa rindu ingin mendengar lagu itu, terus saya search kat you-tube untuk dapatkan lagu tersebut dan tak lupe juga lirik lagunya sekali..jom hayatilah lagu ini!


KERANA CINTA by IN TEAM DAN MESTICA

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka

Damai di jiwa
Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
Yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan kita pula
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati
Hanya cintakan illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya

Cintakan saudara
Hanya sementara
Serta sesama insan
Suburkan dengan ketakwaan..


                       Bestnya lagu nie : Kerana Cinta by In-team dan Mestica

ok...ingatlah cinta cinta juga..jadilah kita pencinta yang setia..ape yang penting jadilah pendamba Cinta ILAHI..SubhanAllah..cinta yang hakiki tiada tandingannya..Cintakan bunga, bunga akan layu, cintakan harta, harta akan habis, cintakan manusia, manusia akan mati, cintakan Allah yang kekal ABADI yang HAKIKI...InsyAllah..

Ciri-Ciri Isteri Solehah

Kalau adanya suami soleh, maka lawannya pula isteri solehah.
Menurut Abdullah bin Amru, Rasulullah bersabda: 

''Dunia ini adalah perhiasan, Sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah'' 
  (HR Muslim, an-Nasai, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam bagi seseorang wanita untuk dinobatkan dengan gelaran isteri solehah. Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja iaitu:
a. Taat kepada Allah SWT dan RasulNya.
b. Taat kepada suami.

Perincian 2 syarat ini adalah seperti berikut:

1. Beriman
  • Mereka yang mencintai Allah SWT dan RasulNya melebihi segalanya. Seorang yang tabah dan semangat menghadapi dugaan hidup, sentiasa mengharapkan pahala daripada Allah SWT dalam mengurus rumah tangga serta tidak merungut dalam menghadapi sebarang masalah. Akur beribadat, mentaati suami, bersifat qana'ah (berpada-pada), pemurah. Selain itu, memelihara aurat sebaik mungkin, berbuat baik kepada ibu bapa dan jiran tetangga. Firman Allah SWT yang bermaksud:
 '' Maka wanita yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) serta yang memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara dirinya''
(Surah an-Nisa' : 34)

2. Berakhlak mulia
  • Isteri solehah bukanlah wanita yang bebas dalam pergaulan, jauh sekali berperangai seperti wanita jahiliyah. Mereka tidak tergolong di kalangan yang suka keluar malam, berfoya-foya dan melepak tanpa arah tujuan. Mereka isteri yang mendapat izin suami terlebih dahulu sebelum keluar rumah, melakukan sesuatu perkara atau membuat keputusan. Hanya berhias untuk suami tercinta. Tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan ketika keluar rumah. Memiliki akhlak mahmudah , menghindarkan diri daripada perkara2 negatif seperti mengumpat, membawa fitnah, berburuk sangka dan sebagainya. Isteri solehah sedia berkhidmat untuk suami dan sentiasa menyenangkan hati.
3. Lemah lembut dan peramah
  • Pandai mengambil hati suami. Menawan dengan tutur kata yang sopan,lemah lembut apabila berbicara, selalu tersenyum di samping mengucapkan kata-kata yang menyenangkan suami. Tetap sebegitu walaupun berhadapan dengan suami dalam keadaan yang kurang menyenangkan. Penyejuk mata dan penawar dihati dengan tingkah laku yang lembut serta sikap peramahnya.Turut disenangi orang disekelilingnya kerana butir percakapan yang tidak menyakitkan hati dan tidak menyinggung perasaan sesiapa yang mendengarnya.
4. Penyayang
  • Sabda Rasulullah SAW: ''Nikahilah wanita yang penyayang'' (HR Abu Daud). Sifat penyayang sinonim dengan wanita. Mungkin naluri keibuan yang ada dalam diri mereka menzahirkan sifat ini. Selain itu, mereka juga bersifat ihsan terhadap sesiapa sahaja termasuk haiwan dan makhluk lain. Setiap tindak-tanduk isteri solehah pasti menjurus ke arah kasih-sayang suami dan anak-anak. Dengan sifat penyayangnya itu yang membuatkan mereka lebih banyak berkorban demi kebahagiaan keluarga tercinta.
5. Baik keturunannya
  • Benih yang baik akan menghasilkan tanaman yang baik. Begitu juga dalam pemilihan calon isteri. Carilah bakal isteri daripada keturunan yang baik agar  anak-anak yang bakal dilahirkan juga mewarisi kebaikan nenek moyang mereka. Jika keturunannya kurang baik, maka didiklah mereka dengan didikan agama yang sempurna agar kelak dia akan menjadi isteri yang solehah.
6. Anggun 
  • Usahlah terlalu memilih isteri di kalangan wanita yang cantik sahaja, tetapi pilihlah yang anggun peribadinya. Anggun disini bermaksud tutur bicara dan budi pekertinya amat memikat hati bukan sahaja si suami malah anak-anak, kaum keluarga dan taulan.  Wanita yang cantik secara lahiriah tidak semestinya seorang yang anggun akhlaknya, tetapi  sebaliknya walaupun pada hakikatnya ''cantik yang sedang-sedang'' sahaja. Keanggunan itu berpunca daripada akhlak yang mulia dan budi bahasa yang sopan diserikan dengan perhiasan diri, berpenampilan menarik serta berwangi-wangian di samping suami yang dikasihi.

Pengemis dan Isteri Cantik

Di sebuah pekan, tinggal sepasang suami isteri yang kaya raya. Si suami merupakan ahli perniagaan yang berjaya lagi terkenal. Beliau juga sangat bangga kerana dapat mengahwini seorang wanita yang cantik rupawan. Pada suatu hari, ketika pasangan itu sedang menikmati juadah makanan, datang seorang pengemis yang berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

''Tolonglah encik, saya lapar, Sejak semalam lagi saya tidak menjamah sesuap nasi pun,''ujar pengemis itu meraih simpati. Dengan muka yang bengis si suami mengusir dan menengking si pengemis itu. ''Pergi! Pergi!'' Disini bukan tempat kebajikan masyarakat. Halau si suami dengan sombongnya.

Dalam hatinya berkata, ''Aku membina perniagaan sehingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diriku sendiri dan keluargaku sahaja.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya itu walaupun jauh di sudut hati timbul niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis lantas dia menjadi miskin. Segala harta bendanya dirampas dan hidupnya tinggal sehelai-sepinggang. Tidak tahan dengan kehidupannya yang daif itu, lalu dia terus menceraikan isterinya yang cantik kerana tidak mahu isterinya hidup menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain,

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya menghadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu rumah mereka sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan sepertimana yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menutup mukanya sambil menangis teresak-esak.

Setelah puas dipujuk oleh suami yang baik hati, si isteri mengadu bahawa pengemis tersebut adalah bekas suaminya. Dia telah menceritakan bahawa dahulu bekas suaminya itu pernah menengking seorang pengemis yang meminta sesuap nasi di rumah mereka sewaktu kehidupan mereka kaya-raya. Si suami yang baru itu menjawab dengan tenang, ''Demi Allah, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu,''. Si  isteri terkejut sambil mengakui kebesaran dan janji Allah SWT terhadap hamba-hambaNYA adalah benar belaka.
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud:


''Barang siapa mempunyai harta maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barangsiapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya.''
Rasulullah SAW bersabda:

''Sedekah itu dapat menutup 70 000 kejahatan''

  

''Kita boleh mencintai seseorang itu tetapi kita
     tidak boleh memaksa seseorang itu untuk mencintai kita''
''Cintailah orang yang sah untuk dicintai 
         seikhlas hati agar hidup diberkati dan dirahmati''

Ciri-Ciri Suami Yang Soleh

Setiap wanita mendambakan kehadiran seorang suami yang soleh untuk melayari bahtera rumah tangga bersama-sama. Amat bertuahlah bagi isteri yang bersuamikan lelaki yang dapat membimbing keluarganya berlandaskan syariat yang termaktub di dalam Al-Quran dan sunnah. Jom kite lihat ciri-ciri yang perlu ada dalam diri lelaki  untuk mencapai tahap suami yang soleh yang digariskan dalam islam:

  1. Taat dalam urusan agama.
  • Merupakan ciri-ciri utama lelaki soleh lagi beriman kerana ia asa pegangan untuk menjadi pemimpin rumah tangga yang diberkati Allah SWT. Contohnya, penjagaan solat fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan dan hal-hal yang berkaitan. Orang lelaki yang miskin tetapi taat perintah agama adalah lebih baik daripada lelaki yang kaya tetapi jahil akan hukum-hakam.
   2 . Baik akhlaknya
  • Akhlak dan takwa adalah 2 perkara yang saling berhubung kait.  Individu berakhlak mulia merupakan orang yang bertakaw, suci hatinya dan mempunyai sifat tawaduk yang tinggi. Insan yang berakhlak mulia ini sopan sangat sopan tutur katanya dan sangat gembira apabila dapat menolong pihak yang memerlukan. Mereka juga mempunyai hati yang mulia, rasa hormat yang tinggi terhadap orang tua, wanita, dan kanak-kanak. Tambahan pula, lelaki ini mudah dibawa berbincang serta tidaklah terlalu berahsia kecuali perkara-perkara yang sulit.
3. Tegas mempertahankan maruah.
  • Seorang yang jujur, bertanggungjawab dan amat melindungi maruah sendiri serta orang lain.Apatah lagi jika hal berkaitan isteri dan keluarganya. Sangat prihatin serta cuba menyelesaikan dengan cara tersendiri apabila pasangan atau ahli keluarga menghadapi masalah.
4. Amanah.
  • Suami yang amanah akan sentiasa menunaikan apa sahaja yang dipertanggungjawabkan ke atasnya dengan sebaik mungkin tanpa sebarang rungutan atau paksaan.
5. Pemurah dan tidak boros.
  • Pemurah di sini, bermaksud tidak kedekut dan tidak boros tetapi tahu membelanjakan wang atau hartanya dengan bijaksana. Setiap nikmat yang dimilikinya mahu dikongsi bersama mereka yang berhak menerima, terutama sekali orang yang tersayang.
6. Menjaga pandangan mata.
  • Perhatikan pandangan matanya,ketika berbicara dengannya. Apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang tanpa memberi perhatian kita dihadapannya? Jika ya, maka dia adalah seorang yang mungkin tidak setia dan bukanlah calon yang sesuai untuk dijadika pasangan hidup. Jika dia sudah menjadi pasangan kita, nasihatilah dia dengan penuh hikmat demi kebahagiaan.
7. Teliti dalam pergaulan.
  • Lelaki yang soleh akan selalu menjaga batasan pergaulannya agar tidak melampaui batas walaupun berada di dalam situasi kerja yang dikelilingi oleh ramai perempuan. Mereka akan lebih berhati-hati dalam semua aspek agar tidak mudah menjadi fitnah masyarakat sekeliling. Oleh itu, tidak mustahillah jika mereka seorang yang berhati-hati dalam memilih kawan. Baik kawannya maka baiklah suami anda dan begitulah sebalikya, kerana kawan merupakan cermin buat kita.
8. Bertanggungjawab.
  • Sikap ini, boleh diukur berdasarkan sejauh mana seseorang itu memperuntukkan diri untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Mereka tidak mungkin membiarkan orang tersayang berada dalam keadaan tidak sempurna, malah sedaya-upaya berusaha melengkapi keperluan dan melindungi insan di sekeliling tanpa sebarang arahan atau paksaan. Ini kerana rasa tanggungjawab itu timbul daripada hati yang ikhlas kerana Allah SWT.
9. Penyayang.
  • Sikap ini dapat dilihat dari segi cara mereka mengambil berat terhadap insan yang dicintai. Suami yang soleh juga sangat suka dengan kanak-kanak sama ada melayan atau bermain-main dengan mereka. InsyAllah, seandainya pasangan kita mempunyai sifat sedemikain, maka mereka akan menjadi seorang bapa yang mithali.
10. Berwajah tenang.
  • Insan yang soleh sememangnya berwajah tenang dan sejuk mata memandang. Apa yang tersimpan di dalam sanubarinya, dengan sendiri akan terpancar pada air mukanya. Tambahan pula, ketenangan itu juga dapat dilihat dari segi tingkah laku yang terpuji dan percakapan yang bermanfaat.

''Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan hamba-hambaMu yang Soleh'' ~ Amin ya Rob'bal alamin...


sumber: Doa & Tips keluarga bahagia,m/s 50

Friday, June 10, 2011

''Barang siapa yang keliru dalam sasaran yang dituju, maka segala daya upayanya menjadi sia-sia"~Muhammad Jawad bin Ali
''Ada tiga perkara yang akan menghancurkan..Orang yang menganggap banyak amal perbuatannya, lupa akan dosa yang dilakukannya dan berasa kagum dengan pendapatnya sendiri''~ Muhammad Baqir bin Ali Zainal Abidin
''Berfikirlah dan berbuatlah sesuatu sesuai tujuan penciptaanmu kerana Allah tidak menciptakan dirimu secara sia-sia''~ Ali Zainal Abidin bin Husein
''Gunakanlah akal fikiran, kerana ia adalah kehidupan yang dengannya hati anda akan benar-benar hidup''~ Sayidina Hasan bin Ali

Friday, June 3, 2011

Kronologi Tanda-Tanda Besar Kiamat & Hari Kiamat

Tempoh 40 tahun Dajal:
  1. Dajal mengisytihar diri sebagai Tuhan; dan
  2. Allah menimpakan meteor ke atas bumi, lantas mengakibatkan munculnya asap (dukhan) yang berlaku pada pertengahan bulan Ramadahn.
Tempoh 40 hari Dajal:
  1. Langit menjadi gelap kerana ditutupi asap selama lebih daripada setahun. Dajal dan para pengikutnya terjejas oleh asap berkenaan (wajah membengkak, buta dan pekak). Pada masa yang sama orang beriman hanya ditimpa penyakit ringan seakan gejala selesema.
  2. 40 hari yang sama dengan 1 tahun, 2 bulan dan 2 minggu.
  3. Nabi Isa muncul di Damaskus
  4. Nabi Isa membunuh Dajal di Gerbang Ludd (Lyda), Israel
  5. Yakjuj dan Makjuj keluar
  6. Nabi Isa dan kaum Muslimin melarikan diri ke bukit Tursina 
  7. Yakjuj dan Makjuj mati berkat doa Nabi Isa
Zaman kemakmuran bumi:
  1. Nabi Isa menghapuskan agama palsu
  2. Nabi Isa berkahwin dan menunaikan haji di Makkah
  3. Nabi Isa meninggal dunia
Kekafiran muncul kembali:
  1. Kemunculan golongan yang menyembah Nabi Isa
  2. Keluarnya binatang melata dari bumi
  3. Matahari terbit dari barat
  4. Angin lembut mencabut roh orang beriman
Nama Allah tidak lagi disebut:
  1. Dunia hanya dihuni oleh orang kafir- patung Al-Laat, Al-'Usah dan dhil-Khissah disembah di Tanah Arab
  2. Zina berlaku di jalanan
  3. Majoriti bangsa Romawi
  4. Sangkakala pertama ditiup
Kiamat 1 ( 40 tahun ) :
  1. Langit terbelah
  2. Mega supernova, matahari digulung, planet berselerakan, bumi bergoncang
  3. Manusia mati secara berurutan
  4. Sangkakala kedua ditiup
  5. Seluruh umat manusia dihidupkan kembali
Kiamat 2 ( Manusia berdiri di hadapan Allah selama 50,000 tahun )
  1. Syurga; dan
  2. Neraka

    Sumber : Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman~ Muhammad Alexander; Bab 5-m/s 53-55

    10 Tanda Besar Kiamat..

    Assalamualaikum..malam nie ana mahu kongsikan dengan saudara-suadari sekalian berkenaan 10 tanda besar kiamat yang ana baca dalam buku Armagedon 2012, Bab 5 menjelaskan :


    Sebagaimana hadis yg direkodkan oleh Iman Muslim drpd Hudzaifah bin Al-Ghiffari, dia berkata,

      "Rasulullah SAW pernah muncul di hadapan kami ketika kami sedang berbincang. Lalu beliau bertanya, ''Apakah yang kamu bincangkan?'' Mereka (para sahabat menjawab) . ''Kami sedang berbincang mengenai as-Sa'ah (hari kiamat),''. Beliau berkata, ''Sesungguhnya kiamat itu tidak akan datang sehingga kamu melihat 10 ayat (tanda) sebelumnya, Beliau kemudiannya menyatakan: 1) Ad-Dukhan (asap/kabut), 2) Dajal (pendusta), 3) Dabbaah (binatang yang akan keluar dari perut bumi), 4) Matahari terbit dari sebelah barat, 5) turunya Isa Ibnu Maryam a.s, 6)Yakjuj dan Makjuj, 7-9) 3 gempa bumi, iaitu di timur, barat dan di semenanjung arab dan yang terakhir adalah 10) keluarnya api dari Yaman yang membawa manusia ke tempat mereka berkumpul,'' (Sahih Muslim, bahagian fitnah dan tanda-tanda kiamat 18: 27-28)
      Tempoh Kemunculan Dajal

    Berkaitan dengan tempoh kemnculan Dajal, ada hadis yang menyatakannya selama 40 tahun dan ada pula yang menyatakannya sebagai 40 hari. Dalam hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad (6/454) dan juga Imam Hambal (541/1-2), juga menyatakan: 

    " Dajal itu akan tinggal di bumi selama 40 tahun. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari dan sehari bagaikan terbakarnya pelepah pohon kurma dalam api''
     Dalam hadis yang lain pula menyatakan:
      Kami bertanya ''Ya Rasulullah, berapa lamakah Dajal menetap di bumi? Beliau menjawab, ''40 hari. sehari bagaikan setahun, sehari bagaikan sebulan, sehari bagaikan seminggu, sedangkan baki lain-lain hari adalah seperti hari-harimu sekarang,'' Kami bertanya, ''Ya Rasulullah, pada satu hari seperti setahun itu, cukupkah kami solat seperti kami sekarang ini?'' Beliau menjawab, ''Tidak, tetapi perkirakan sendiri.'' (Hadis direkodkan oleh Muslim)
    Berdasarkan hadis di atas, dapat difahami Dajal akan muncul 2 kali. Kemunculannya yg pertama selama 40 tahun (sebelum munculannya asap dukhan). Pada masa itu Dajal sudah memulakan usahanya, mengembara ke seluruh tempat tanpa menunjukkan hakikat dirinya yg sebenar (belum buta dan belum ada tulisan ''kafir'' di dahinya). Dajal mewujudkan fitnah besar lalu menyebarkannya ke seluruh dunia. 

               Kemuncaknya, bila Dajal mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan. Kemudian Allah menghantar meteor menghentam bumi sehingga menghasilkan asap besar (dukhan), menyebabkan aktiviti Dajal terjejas. Dajal muncul lagi di Isfahan, Iran iaitu kemunculan keduanya selama 40 hari atau pun 1 tahun, 2 bulan dan 2 minggu yg berlaku selepas kemunculan asap dukhan. Pada masa itu Dajal muncul secara terang-terangan, susuk tubuhnya sebagaimana digambarkan Rasulullah iaitu sebelah matanya buta dan menonjol seperti buah anggur, ia sebenarnya adalah seketul daging yang menutupi kelopak matanya dan ada tulisan KAFIR di dahinya. 

               Ada kemungkinan Dajal mengembara ke semua kota negara di dunia selama 40 tahun, setiap kota yg disinggahinya selama 40 hari. Selama 40 tahun, apabila dikira berdasarkan tahun Hijrah, dia akan melewati sebanyak 355 kota/negara. Kiraan tahun Masihi pula, dia akan singgah sebanyak 365 negara.

    Wednesday, June 1, 2011

    Kongsi Buku Yang di Baca

    Assalamualaikum....

    ''Armagedon 2012, Bencana Akhir Zaman'', pertama kali melihat buku ini membuatkan hati saya terpaut untuk memiliki buku berkenaan. Pada masa yang sama, rase teruja untuk mengetahui apa yang ingin dikongsikan oleh penulisnya menyebabkan saya tidak fikir panjang untuk mendapatkan buku tersebut. Alhamdulilah..sememangnya banyak manfaat yang diperoleh setelah membaca buku ini.

              Buku jenis Islam/biografi ini setebal 558 m/s hasil tulisan  saudara Muhammad Alexander, dari Indonesia. Sememangnya, penulis dari negara jiran kita hebat2 ya..Buku ini mempuyai sebanyak 22 bab dan kandungannya menjelaskan kajian berkenaan pelbagai fasa kiamat dalam Al-Quran dan hadis. Selain itu, buku ini mengingatkan kita supaya teguhkan keyakinan bahawa hari kiamat itu pasti datang dan hanya Allah sahaja yang mengetahui bilakah kiamat itu akan tiba. Kita sebagai hambaNya perlulah mempersiapkan diri dengan memperbanyakkan amal untuk menghadapi hari Kiamat nanti. Sebagaimana peringatan Rasulullah dalam hadisnya :

    ''Bersegeralah melakukan amal-amal soleh sebelumnya datang 6 perkara, iaitu Dajal,ad-Dukhan (asap), binatang melata di bumi, terbitnya matahari dari sebelah barat. kehancuran yang total, kematianmu sendiri''
    (Sahih Muslim, Bab Fi Baqiyyah min Ahadiitsi Ad-Dajjal 18:87)

    Bagi yang berminat, bolehlah dapatkan buku ini kat kedai buku ya..Saya percaya ada antara kalian  sudah pun khatam baca buku ni..Sekadar perkongsian berkongsi perkara yang bermanfaat...InsyAllah ada kelapangan saya akan ulaskan lagi isi kandugan buku ini dalam blog saya untuk tatapan pengunjung..Sekian saje untuk kali nie :)

    Wanita Melayu Akhir Zaman: MITOS: Aku Tahu Tutup Aurat Itu Wajib, Aku Belum ...

    Wanita Melayu Akhir Zaman: MITOS: Aku Tahu Tutup Aurat Itu Wajib, Aku Belum ...: "Saya ingin mengajukan anda satu persoalan. Wajarkah kita ( golongan yang menegur ) memberi masa kepada seseorang wanita Melayu Islam ( yang..."

    Wanita Melayu Akhir Zaman: Upload Gambar Manja Dalam Facebook: Seronok Atau B...

    Wanita Melayu Akhir Zaman: Upload Gambar Manja Dalam Facebook: Seronok Atau B...: "Sebelum saya memulakan entri ? Saya ingin mengajukan satu soalan. Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Betulkah ? Reaksi penulis..."
    ''What we read today is to be a leader someday, what we read determine who we are, we stay together in this journey just for a short time and we have to obey to Allah and Rasulullah, Then you get a better chance to live in Jannah. Our soul need a bright light..Please, do ehsan to Allah and other mankind. We seek for Mardatillah...''

    Umat Islam Mengikuti Langkah Yahudi dan Nasrani

    Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: ''Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka,'' Sahabat bertanya. ''Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?'' Nabi s.a.w menjawab, ''Siapa lagi kalau bukan mereka,'' (H.R MUSLIM)

    Keterangan

    Umat Islam akan mengikut jejak langkah atau pun hidup orang-orang  Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan mengikut mereka. Zaman sekarang ini jika kita dapat melihat kenyataan Rasulullah s.a.w ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru cara hidup orang Yahudi dan Nashrani sama ada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka. Ya Allah! selamatkan kami..