Pages

Sunday, June 19, 2011

Ciri-Ciri Isteri Solehah

Kalau adanya suami soleh, maka lawannya pula isteri solehah.
Menurut Abdullah bin Amru, Rasulullah bersabda: 

''Dunia ini adalah perhiasan, Sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah'' 
  (HR Muslim, an-Nasai, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam bagi seseorang wanita untuk dinobatkan dengan gelaran isteri solehah. Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja iaitu:
a. Taat kepada Allah SWT dan RasulNya.
b. Taat kepada suami.

Perincian 2 syarat ini adalah seperti berikut:

1. Beriman
  • Mereka yang mencintai Allah SWT dan RasulNya melebihi segalanya. Seorang yang tabah dan semangat menghadapi dugaan hidup, sentiasa mengharapkan pahala daripada Allah SWT dalam mengurus rumah tangga serta tidak merungut dalam menghadapi sebarang masalah. Akur beribadat, mentaati suami, bersifat qana'ah (berpada-pada), pemurah. Selain itu, memelihara aurat sebaik mungkin, berbuat baik kepada ibu bapa dan jiran tetangga. Firman Allah SWT yang bermaksud:
 '' Maka wanita yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) serta yang memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara dirinya''
(Surah an-Nisa' : 34)

2. Berakhlak mulia
  • Isteri solehah bukanlah wanita yang bebas dalam pergaulan, jauh sekali berperangai seperti wanita jahiliyah. Mereka tidak tergolong di kalangan yang suka keluar malam, berfoya-foya dan melepak tanpa arah tujuan. Mereka isteri yang mendapat izin suami terlebih dahulu sebelum keluar rumah, melakukan sesuatu perkara atau membuat keputusan. Hanya berhias untuk suami tercinta. Tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan ketika keluar rumah. Memiliki akhlak mahmudah , menghindarkan diri daripada perkara2 negatif seperti mengumpat, membawa fitnah, berburuk sangka dan sebagainya. Isteri solehah sedia berkhidmat untuk suami dan sentiasa menyenangkan hati.
3. Lemah lembut dan peramah
  • Pandai mengambil hati suami. Menawan dengan tutur kata yang sopan,lemah lembut apabila berbicara, selalu tersenyum di samping mengucapkan kata-kata yang menyenangkan suami. Tetap sebegitu walaupun berhadapan dengan suami dalam keadaan yang kurang menyenangkan. Penyejuk mata dan penawar dihati dengan tingkah laku yang lembut serta sikap peramahnya.Turut disenangi orang disekelilingnya kerana butir percakapan yang tidak menyakitkan hati dan tidak menyinggung perasaan sesiapa yang mendengarnya.
4. Penyayang
  • Sabda Rasulullah SAW: ''Nikahilah wanita yang penyayang'' (HR Abu Daud). Sifat penyayang sinonim dengan wanita. Mungkin naluri keibuan yang ada dalam diri mereka menzahirkan sifat ini. Selain itu, mereka juga bersifat ihsan terhadap sesiapa sahaja termasuk haiwan dan makhluk lain. Setiap tindak-tanduk isteri solehah pasti menjurus ke arah kasih-sayang suami dan anak-anak. Dengan sifat penyayangnya itu yang membuatkan mereka lebih banyak berkorban demi kebahagiaan keluarga tercinta.
5. Baik keturunannya
  • Benih yang baik akan menghasilkan tanaman yang baik. Begitu juga dalam pemilihan calon isteri. Carilah bakal isteri daripada keturunan yang baik agar  anak-anak yang bakal dilahirkan juga mewarisi kebaikan nenek moyang mereka. Jika keturunannya kurang baik, maka didiklah mereka dengan didikan agama yang sempurna agar kelak dia akan menjadi isteri yang solehah.
6. Anggun 
  • Usahlah terlalu memilih isteri di kalangan wanita yang cantik sahaja, tetapi pilihlah yang anggun peribadinya. Anggun disini bermaksud tutur bicara dan budi pekertinya amat memikat hati bukan sahaja si suami malah anak-anak, kaum keluarga dan taulan.  Wanita yang cantik secara lahiriah tidak semestinya seorang yang anggun akhlaknya, tetapi  sebaliknya walaupun pada hakikatnya ''cantik yang sedang-sedang'' sahaja. Keanggunan itu berpunca daripada akhlak yang mulia dan budi bahasa yang sopan diserikan dengan perhiasan diri, berpenampilan menarik serta berwangi-wangian di samping suami yang dikasihi.

No comments:

Post a Comment