Pages

Sunday, June 19, 2011

Ciri-Ciri Suami Yang Soleh

Setiap wanita mendambakan kehadiran seorang suami yang soleh untuk melayari bahtera rumah tangga bersama-sama. Amat bertuahlah bagi isteri yang bersuamikan lelaki yang dapat membimbing keluarganya berlandaskan syariat yang termaktub di dalam Al-Quran dan sunnah. Jom kite lihat ciri-ciri yang perlu ada dalam diri lelaki  untuk mencapai tahap suami yang soleh yang digariskan dalam islam:

  1. Taat dalam urusan agama.
  • Merupakan ciri-ciri utama lelaki soleh lagi beriman kerana ia asa pegangan untuk menjadi pemimpin rumah tangga yang diberkati Allah SWT. Contohnya, penjagaan solat fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan dan hal-hal yang berkaitan. Orang lelaki yang miskin tetapi taat perintah agama adalah lebih baik daripada lelaki yang kaya tetapi jahil akan hukum-hakam.
   2 . Baik akhlaknya
  • Akhlak dan takwa adalah 2 perkara yang saling berhubung kait.  Individu berakhlak mulia merupakan orang yang bertakaw, suci hatinya dan mempunyai sifat tawaduk yang tinggi. Insan yang berakhlak mulia ini sopan sangat sopan tutur katanya dan sangat gembira apabila dapat menolong pihak yang memerlukan. Mereka juga mempunyai hati yang mulia, rasa hormat yang tinggi terhadap orang tua, wanita, dan kanak-kanak. Tambahan pula, lelaki ini mudah dibawa berbincang serta tidaklah terlalu berahsia kecuali perkara-perkara yang sulit.
3. Tegas mempertahankan maruah.
  • Seorang yang jujur, bertanggungjawab dan amat melindungi maruah sendiri serta orang lain.Apatah lagi jika hal berkaitan isteri dan keluarganya. Sangat prihatin serta cuba menyelesaikan dengan cara tersendiri apabila pasangan atau ahli keluarga menghadapi masalah.
4. Amanah.
  • Suami yang amanah akan sentiasa menunaikan apa sahaja yang dipertanggungjawabkan ke atasnya dengan sebaik mungkin tanpa sebarang rungutan atau paksaan.
5. Pemurah dan tidak boros.
  • Pemurah di sini, bermaksud tidak kedekut dan tidak boros tetapi tahu membelanjakan wang atau hartanya dengan bijaksana. Setiap nikmat yang dimilikinya mahu dikongsi bersama mereka yang berhak menerima, terutama sekali orang yang tersayang.
6. Menjaga pandangan mata.
  • Perhatikan pandangan matanya,ketika berbicara dengannya. Apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang tanpa memberi perhatian kita dihadapannya? Jika ya, maka dia adalah seorang yang mungkin tidak setia dan bukanlah calon yang sesuai untuk dijadika pasangan hidup. Jika dia sudah menjadi pasangan kita, nasihatilah dia dengan penuh hikmat demi kebahagiaan.
7. Teliti dalam pergaulan.
  • Lelaki yang soleh akan selalu menjaga batasan pergaulannya agar tidak melampaui batas walaupun berada di dalam situasi kerja yang dikelilingi oleh ramai perempuan. Mereka akan lebih berhati-hati dalam semua aspek agar tidak mudah menjadi fitnah masyarakat sekeliling. Oleh itu, tidak mustahillah jika mereka seorang yang berhati-hati dalam memilih kawan. Baik kawannya maka baiklah suami anda dan begitulah sebalikya, kerana kawan merupakan cermin buat kita.
8. Bertanggungjawab.
  • Sikap ini, boleh diukur berdasarkan sejauh mana seseorang itu memperuntukkan diri untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Mereka tidak mungkin membiarkan orang tersayang berada dalam keadaan tidak sempurna, malah sedaya-upaya berusaha melengkapi keperluan dan melindungi insan di sekeliling tanpa sebarang arahan atau paksaan. Ini kerana rasa tanggungjawab itu timbul daripada hati yang ikhlas kerana Allah SWT.
9. Penyayang.
  • Sikap ini dapat dilihat dari segi cara mereka mengambil berat terhadap insan yang dicintai. Suami yang soleh juga sangat suka dengan kanak-kanak sama ada melayan atau bermain-main dengan mereka. InsyAllah, seandainya pasangan kita mempunyai sifat sedemikain, maka mereka akan menjadi seorang bapa yang mithali.
10. Berwajah tenang.
  • Insan yang soleh sememangnya berwajah tenang dan sejuk mata memandang. Apa yang tersimpan di dalam sanubarinya, dengan sendiri akan terpancar pada air mukanya. Tambahan pula, ketenangan itu juga dapat dilihat dari segi tingkah laku yang terpuji dan percakapan yang bermanfaat.

''Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan hamba-hambaMu yang Soleh'' ~ Amin ya Rob'bal alamin...


sumber: Doa & Tips keluarga bahagia,m/s 50

No comments:

Post a Comment