Pages

Wednesday, May 11, 2011

Aurat Wanita

Aurat wanita merupakan sesuatu yang penuh daya tarikan bagi lelaki. Jangankan melihatnya, mengkhayalkannya sahaja sudah menimblkan fantasi yang luar biasa di fikiran lelaki. Tidak normal namanya seseorang lelaki itu, kalau nafsu syahwatnya tidak memuncak apabila dihidangkan dengan pemandangan yang teramat indah.

      Jika lelaki suka melihat aurat wanita, maka wanita pula suka memperlihatkan aurat mereka di hadapan kaum lelaki. Begitulah realiti hidup ini. Dengan memakai pakaian yang menampakkan segala bentuk tubuh yang menggiurkan, dengan gaya ghairah menggoda mereka melangkah di hadapan para lelaki. Mungkin mereka semua tidak tahu atau sebenarnya tahu , tetapi tidak ambil peduli bahawa lelaki di sekitarnya sedang menikmati keindahan yang secara tak langsung mereka tawarkan.Suatu pesona yang tidak dikenakan bayaran untuk menikmatinya.

    Sekiranya seseorang itu  ingin menikmati keindahan pemandangan pelancongan di luar negara,maka dia perlulah mengeluarkan perbelanjaan puluhan malahan ratusan ribu ringgit untuk menikmati pemandangan tersebut, tetapi untuk melihat keindahan pemandangan semulajadi paling indah yang diciptakan Allah ini boleh dikatakan tiada bayaran atau percuma sahaja. Ini bererti, pesona yang teramat indah itu, hanya pesona murahan semata-mata.

   Dalam meniti kehidupan era globalisasi ini, betapa sedihnya,kita melihat begitu ramai umat Islam di zaman ini yang terjerumus dalam pasung kemungkaran. Istilah aurat telah disalahertikan,pakaian yang membalut tubuh mereka begitu jauh dari tuntutan syariat. Lebih memburukkan lagi, pengaruh media massa, suasana persekitaran dan arus kemajuan menenggelamkan terus rasa keinsafan bagi memelihara aurat tubuh yang dijadikan Allah S.W.T.

   Apakah kaum wanita itu tidak mengetahui bahawa sebenarnya kecantikan yang ada pada tubuh mereka itu adalah amanah Allah S.W.T yang harus mereka jaga? Apakah mereka tidak tahu bahawa keindahan itu hanya boleh dinikmati oleh orang yang berhak ke atas dirinya sahaja?Begitu juga, apakah mereka tidak mengetahui bahawa Allah S.W.T sangat memuliakan mereka sehingga ada salah satu surah di dalam Al-Quran yang khusus bercerita tentang mereka?

  " Wahai kaum wanita! Maka hendaklah kamu beriman dengan apa yang telah Allah takdirkan, bahawa lelaki dan perempuan itu berbeza. Yakinlah, di sebalik perbezaan ini ada hikmah yang besar, kerana Allah S.W.T adalah Zat Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa". Untukmu wanita, hayatilah bait-bait lirik lagu nasyeed In-Team ini :

            Wanita hiasan dunia,
        Seindah hiasan adalah wanita solehah,
            Yang akan membahagiakan,
       Syurga di dalam rumah tangga...

No comments:

Post a Comment