Pages

Saturday, May 21, 2011

Senjata-Senjata Orang Mukmin Untuk Memerangi Syaitan

Alangkah besarnya gambaran yang dibawa oleh Al-Quran yang menyingkapkan dialog yang berlaku di antara manusia dan syaitan pada hari kiamat. Sesungguhnya Al-Quran telah memaparkan dengan lafaz madhi (telah lalu) kerana benarnya akan berlaku dan untuk menjadi ingatan yang nyata bagi manusia. Firman Allah S.W.T dalam surah Ibrahim ayat 22 yang bermaksud:
" Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu (setelah selesai masing-masing dihisab dan menerima balasan) "sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu, dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu, maka janganlah kamu menyalahkan daku dan menyalahkan diri kamu sendiri. Aku tidaklah dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan perintah Tuhan yang kamu mempersekutukan daku denganNya, sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya"
maka wajiblah atas tiap-tiap orang yang berakal merasa curiga terhadap musuh ini yang telah menyatakan permusuhannya dari semenjak zaman Adam a.s dan ia menghabiskan umurnya serta dirinya pada merosakkan keadaan anak Adam. Berikut adalah antara senjata-senjata orang mukmin untuk memerangi syaitan:
  1. Membaca "Bismillah" di permulaan apa-apa juga perkara
  2. Membanyakkan zikir dan istighfar
  3. Banyak membaca "lailahaila anta subhanaka inni kunta minna dzolimin"
  4. Jangan tidur seorang diri dan jangan tidur ditempat yang tidak suci
  5. Kerap membaca doa pagi  dan petang
  6. Bersugi kerana ia mendekatkan malaikat kepadamu
  7. Sentiasa sembahyang berjemaah
  8. Berwudhuk sebelum tidur serta membaca ayat al-Kursi dan al-Mua'awwizatain
  9. Tidak mendengar nyayian serta muzik lucah
  10. Menggunakan pakaian yang disuruh oleh syarak serta berwangi-wangian di luar rumah
  11. Membaca A'uzubillah dan Al-Quran
  12. Membaca A'uzubillah bila hendak masuk tandas
  13. Banyakkan taubat dan istighfar
  14. Membaca 13 ayat daripada surah Al-Ghafir dan penghujung surah Al-Baqarah
  15. Membaca Yasin tiap-tiap pagi
  16. Tidak lambat  mandi daripada haid, nifas, dan hadas besar kecuali uzur
  17. Membekalkan diri dengan ilmu, kerana itu adalah pendinding yang kukuh
  18.  Melazimi doa- doa di bawah ini apabila ada rasukan syaitan:
 Ertinya: ''Ya Tuhan kami kepadaMu bertawalak dan kepdaMu kami kembali"

Ertinya: ''Ya Tuhan kami daripadaMu kami memohon pertolongan dan siapakah yang boleh menolong selain daripadaMu''

No comments:

Post a Comment