Pages

Wednesday, May 11, 2011

Cinta Remaja Cuma Sesaat...

Remaja sinonim dengan cinta. Mengenal cinta itu adalah perkara biasa bagi remaja. Melalui pergaulan yang longgar, lelaki dan perempuan bertemu bila- bila masa sahaja, perasaan cinta antara kedua-duanya sangat mungkin terjadi. Kebayakan remaja bercinta hanya kerana penampilan fizikal pasangannya. Sememangnya, fitrah manusia cenderung kepada sesuatu yang indah. Mengapa cantik itu dikatakan relatif? kerana standard kecantikan seseorang itu berbeza-beza.. Bak kata pepatah Inggeris "Beutiful lies on the eyes of the observer".
     Kenapa remaja suka jatuh cinta kepada yang cantik-cantik? Pelbagai alasan yang boleh diberi. Contonhya, mencintai wanita cantik kadangkala menjadi suatu kebanggaan. Kebanggaan  itu kemudiannya dipamerkan kepada teman-teman. Munculnya benih-benih cinta lebih banyak disebabkan aspek kecantikan. Wajah yang cantik menjadi salah satu unsur penarik seseorang remaja memutuskan "Inilah pilihanku...inilah cintaku".

   Dalam Islam, remaja tidak boleh sesuka hati memandang kecantikan gadis. Ini kerana, pandangan yang tidak halal, hanya akan menambahkan tompokan dosa. Maksudnya, perlu menjaga pandangan dengan tidak menikmati setiap inci keindahannya, atau malahan sampai menelan liur kerana kagum. Sedangkan mata kita juga harus kita didik dengan akhlak yang bagus.Nabi Muhammad S.A.W telah mewasiatkan :
      "Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya, mungkin sahaja kecantikan itu membuat kamu hina. Jangan kamu menikahi wanita kerana harta atau takhtanya, mungkin sahaja harta atau takhtanya membuat kamu melampaui batas. Akan tetapi nikahilah wanita kerana agamanya. Kerana, seorang hamba wanita yang soleh, meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama" (Ibnu Majah)  
   Cinta kita yang setahun jagung itu mungkin disebabkan oleh lingkungan pergaulan. Misalnya, kalau kita berada dalam lingkungan pergaulan yang hobinya bercinta, melemparkan pandangan liar kepada perempuan, maka kita mudah terpengaruh. Kelompok pergaulan inilah yang akhirnya akan mempengaruhi pemikiran kita kerana pergaulan sangat menentukan sikap kita. Teman adalah aset yang berharga, maka carilah teman yang boleh menyegarkan semangat keislaman kita. Hindarilah teman yang hanya akan menyulitkan kehidupan kita di akhirat.

      Di saat kita jatuh cinta, cuba perhalusi perasaan itu, apakah benar itu cinta? atau hanya perasaan kagum yang hadir secara tiba-tiba. Boleh jadi ia hanya perasaan sementara kita. Menginjak ke usia remaja memungkinkan kita mengalami perasaan ini. Kita berasa ingin menjadi seperti remaja lain, yang memiliki teman istimewa, berjalan berdua-duan di pusat membeli-belah.Sebuah keinginan yang boleh jadi bukan kerana cinta, tetapi hanya kerana ikut-ikutan. Teliti lagi, apa itu cinta? Mungkin ia hanya, perasaan kita yang ingin mendapatkan perhatian. Selama ini, kita kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa kita. Kita ingin dimanja, dicintai sepenuh hati dan disayangi dengan sepenuh perasaan.

    Cinta yang terpuji ialah cinta yang mendatangkan kepada pemilik cinta itu hal-hal yang memberinya manfaat di dunia mahu pun di akhirat. Maka cinta yang seperti in merupakan muara sebuah kebahagiaan. Ada pun cinta yang tercela adalah cinta yang mendatangkan kepada pemiliknya hal-hal yang membawa kepada kerugian dunia dan akhirat. Dan cinta seperti ini adalah sumber penderitaan dan duka lara.

Wallahhualam~


No comments:

Post a Comment