Pages

Sunday, May 22, 2011

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


Cuba hayati lirik lagu nasyeed di atas nyayian kumpulan nasyeed Hijaz. Betapa indahnya ungkapan kerinduan yang cuba ingin disampaikan kepada Kekasih Allah, rasul kita Nabi Muhammad s.a.w SubhanAllah, pertama kali saya mendengar lagu ini ia amat memberi kesan kepada diri saya dan membuatkan saya merenung sejenak, betapa jauhnya diri ini dengan kekasih Allah.

Nabi Muhammad s.a.w sangat menyayangi umatnya, baginda merasa kasihan dan bimbang jika umatnya mendapat seksaan daripda Allah s.w.t. Ketika berlakunya gerhana matahari, baginda solat dan menangis dalam solatnya dan kemudianya berdoa:

 "Wahai Rabbku, bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyeksa mereka selagi aku masih berada di tengah-tengah mereka?Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyeksa mereka selama mereka memohon keampunan kepada Engkau?"


Sesungguhnya, rasulullah  sentiasa memikirkan umatnya sehinggalah ke hembusan nafas terakhirnya. Bilakah kali terakhir kita mengucapkan selawat ke atasnya?

No comments:

Post a Comment