Pages

Wednesday, May 11, 2011

Ilmu Agama Akan Beransur - Ansur Hilang

"Daripada Abdullah bin Amr r.a berkata : Aku mendengar Rasullullah S.A.W bersabda : Bahawasanya Allah S.W.T tidak akan mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah S.W.T meghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil  sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu bertanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan akan menyesatkan orang lain" ( H.R Muslim)

Keterangan

sekarang, alim2 ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalakkan kita. Kalau peribahasa melayu mengatakan "patah tumbuh hilang berganti", tetapi peribahasa itu tidak berlaku pada alim ulama. Mereka diibaratkan patah, payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah satu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dengan ulama. Maka, pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan pegangan hidup. Sebenarnya, para alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka, apabila telah putus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

         Di akhir-akhir ini, kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah  S.A.W tadi, iaitu bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian dalam bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Inilah realiti masyarakat kita pada hari ini.

     Ilmu agama beransur hilang,
para ulama kian berkurang,
    ilmu dunia makin cemerlang,
jadi tumpuan semua orang.


    Bekalkan diri ilmu akhirat,
untuk laksana amal ibadat,
    tuntulah ilmu sebelum diangkat,
negeri akhirat dapat .

No comments:

Post a Comment